Sejarah Bahasa Arab Di Nusantara

Waktu kedatangan bahasa Arab ke Negeri Melayu secara amnya dan ke Malaysia secara khususnya masih tak dapat dipastikan dengan tepat. Walau apapun, oleh kerana bahasa Arab ialah bahasa al-Quran dan al-Hadis yang menjadi sumber peraturan Islam, masa kedatangannya tidaklah sukar ditentukan jika ia dihubungkaitkan dengan masa ketibaannya agama Islam. Kedatangan Islam bermaksud kedatangan bahasa Arab kerana memang tidak dapat diceraikan. Bahkan kedua-duanya saling utuh antara satu sama lain. Islam tak akan dapat merebak tanpa menggunakan bahasa Arab sebagai perantaraan. Tanpa Islam sebagai isi kandungan, bahasa Arab mungkin tidak memberi apa-apa erti dan tidak akan menjadi perkara penting seperti waktu sekarang. Sebenarnya bermacam teori kedatangan Islam ke negeri Melayu telah dikemukakan secara panjang lebar oleh sarjana tempatan dan sarjana Barat. Perbezaan antara pandangan tersebut adalah berkenaan dengan tarikh, kawasan dan faktor ketibaannya. Secara umumnya terdapat tiga pendapat utama mengenai bagaimana cara Kedatangan Islam dan masanya ialah sama ada dengan pedagang dan mubaligh Arab atau pedagang India atau pedagang Cina. Fatimi S.Q. mempunyai teori Ketibaan Islam ke kepulauan Melayu adalah secara berperingkat-peringkat. Hubungan paling awal ini dianggarkan bermula pada tahun 671 Masihi iaitu pada abad ke-7 Masehi. Hamka pula berpandangan bahawa ahli sejarah Sir Thomas Arnold mengangarkan Kedatangan Islam ke negeri Melayu adalah pada abad pertama Hijrah berdasarkan kewujudan hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Kanton dan Ceylon. Seterusnya Abdul Rahman Abdullah pada 1990 mempunyai teori Islam sampai ke negeri Melayu pada tahun 30 Hijrah iaitu pada zaman Khalifah Uthman Affan (644-656 Masihi). Orang Melayu ketika itu secara biasanya boleh menerima istilah-istilah Arab dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana itu kita berasa yakin untuk menggunakan pandangan ini sebagai asas kukuh dalam pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Secara teorinya, jika perbendaharaan kata dan istilah Arab mudah dijadikan sebagai sebahagian daripada bahasa Melayu sejak berzaman maknanya sudah tentu orang Melayu sekarang ini mudah untuk mengikuti pengajaran bahasa Arab. Jadi mari belajar bahasa arab bersama-sama.

Aspirations

I am looking for my next big adventure. There are still many places I want to visit and even more to which I want to return. The camera is charged up and my backpack is packed; drop me a line if you know where I should go next.

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola